strive for istiqomah

strive for istiqomah
InsyaAllah

Saturday, 4 August 2012

ADAB BERDOA

Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah hari ini genap 15 hari kita melakukan ibadat berpuasa di bulan Ramadhan...

Semoga segala ibadat yang kita lakukan ini adalah ikhlas kerana Allah dan dipertengahan Ramadhan ini kita mendapat pengampunan dari Allah s.w.t di atas segala dosa yang telah kita lakukan.

Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Pengampun dan Maha Pengasih :)

Jom kita check kejap adab-adab berdoa dan cara yang betul untuk kita memohon ampun dan meminta sesuatu dari-Nya. 

Adab berdoa

1. Berdoa dalam keadaan bersih dari hadas/najis.


2. Memulakan dengan bismillah, memuliakan Allah dan selawat ke atas nabi


3. Menghadap kiblat


4. Memohon ampun dengan rendah diri dan akui kelemahan diri dan dosa.


5. Berdoa dengan penuh kesungguhan dan memahami kandungan doa.


6. Berdoa dengan penuh tawaduk, kusyuk dan rendah diri.


7. Mendahulukan doa untuk diri sendiri sebelum orang lain.


8. Ulangai 3x hajat yang lebih berat.


9. Menghidari diri dr perkara yg ditegah dlm agama seperti makan dan

minum benda haram.


10. Berdoa untuk umum kaum muslimin dan muslimat sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia.

 

No comments:

Post a Comment