strive for istiqomah

strive for istiqomah
InsyaAllah

Saturday, 21 December 2013

SyAitaNic DefenCe MechaNism

Assalamualaikum... wbt
Alhamdulillah untuk segala nikmat yang telah Allah kurniakan...

This time nak membebel tentang syaitanic defence mechanism... (huhu~ mmg salu wat....)
AstagfiruAllahalazim....

Amenda la syaitanic defence mechanism nie???
from psychological perspective, defence mechanism nie mksdnye "ways that we protect ourselves from things that we don't want to think about or deal with".(theory nie dari Freud)
so, kita nak Islamikkan sikit Western nye theory... (student UIA kan :P )

so, terkeluar la term Syaitanic Defence Mechanism... (huhu got it from my lecturer)

kalau ikut pemahaman sendiri, syaitanic defence mechanism nie adalah memberi reason or asbab kita wat benda y x elok, benda y haram, perkara y Allah marah, perkara y Allah x suka, sesuatu y Allah larang, sesuatu y Allah suruh kita jauhkan... 

sebab kita tau benda tue salah kan so kita nak wat mcm benda tue x nampak salah... minda terus berfikir, 

"eyh, x elok la aku wat camni... TAPI............"
(ha! nie y geram nie, ada jew "tapi" tue.... ish2 -btw, geram ngn diri sendiri jugak- )

kita tgk contoh syaitanic defence mechanism nie: 

CONTOH 1: Mengumpat
A: kau nak tau tak, dia kan pagi tadi x solat subuh.

B: la ye ke, nampak je alim, solat tinggal jugak. 

C: x elok la cakap camtu... mungkin dia overslept . x baik buruk sangka n mengumpat kat belakang camni.

A&B: kitorang bukan mengumpat, kitorang bagitau benda yang betol je... (THIS IS SYAITANIC DEFENCE MECHANISM)

 



Friday, 20 December 2013

PERSAHABATAN

Sahabat...
bagaimanakah anda mendefinisikan bagaimana seorang sahabat itu?
melalui satu perkenalan, 
seterusnya menjadi kawan, teman, then sahabat...
tetapi tidak semua kawan akan menjadi sahabat,
tidak semua teman akan dijadikan sahabat,
sahabat terlalu istimewa, susah nak cari, susah nak jumpa...


sahabat???
sebelum menjadi sahabat, ada proses nya... (proses??? huhu hentam jela...)
first, taaruf: saling mengenali, kita tau dia jenis y byk cakap, kita tau dia anak manja, kita tau ape y dia suka makan (huhu, dari sisi seorang perempuan)... time nie kita kenal dia secara surface jew...
second, tafahum: saling tau ape y disukai n ape y x disukai, dia tau bila kita emo, dia tau kita nie sensitif, kita tau apa y buat die sedih...
third, takaful: stage y menilai betul ke dia seorang sahabat... orang y tolong kita selepas memahami kita... xkesah la time susah or senang sentiasa ada bersama :D
sahabat y terbaik ialah sahabat yg mengajak ke arah kebaikan... dia tanak berubah sorang2, dia nak kwan2 pom turut sama berubah krn Allah :D

Sahabat yang paling baik adalah apabila kita melihat wajahnya, kita akan teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak gerinya teringat akan kematian.


Apabila Persahabatan Diuji...
ukhuwah y terbina kadang kala di uji,
di uji dengan pertelingkahan,
di uji dengan perpisahan,
di uji dengan salah faham.
di uji dengan iri hati,
di uji dengan cemburu... etc

janganlah kita bertegang urat dan mengasingkan diri apabila dilanda ujian ini.
sahabat, inilah sepatut y mengeratkan lagi ukhuwah.
inilah y akan membuatkan kita lebih kenal sahabat.


ukhuwah fillah?
buktikannya...
dengan doa... dgn perbuatan... dgn kata2...
adakah kita selalu mendoakan sahabat2 kita? jika kita sayangkan nya kerana Allah, adakah namanya meniti dalam setiap bait doa kita? 
doakan persahabatan, ukhuwah yg terbina kekal hingga ke syurga. 
kalau kita x puas hati, sakit hati, terasa hati,
luahkan elok2,... lame2 di pendam akan memburukkan lagi hubungan... jangan diceritakan kat org lain... nati timbul masalah lain pulak... makin besar masalah y kecik...



sentiasa ingat, sahabatmu tidak sempurna, sama sepertimu...
ada kebaikan, ada keburukan...
amik berat antara satu sama lain tukar yg negatif jadi positif...
husnu dzon.

kepada sahabat-sahabatku~ ikhlas aku mencintai mu krn ALLAH

Friday, 29 November 2013

Uwais al-Qarni








aku mengaku dengan kelemahan diri dan kecetekan ilmu...

aku baru sahaja mengenali siapakah Uwais al-Qarni, seorang pemuda yang sangat taat kepada ibunya...

sehinggakan Rasullullah menceritakan kisah Uwais kepada para sahabat walaupun Baginda belum pernah menemui...

LETS GET TO KNOW WHO IS UWAIS AL-QARNI

Rasullulah saw pernah berpesan kepada Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra bahawa akan lahir di kalangan tabiin seorang yang sangat makbul doa yang akan lahir di zaman kamu (zaman selepas kewafatan Rasullulah saw). 
 
Tujuan Rasullulah saw menyuruh Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra mencari Uwais al-Qarni tidak lain ialah meminta Uwais al-Qarni berdoa kepada Allah supaya mengampunkan dosa-dosa sahabat (Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra). 
Marilah kita lihat apa istimewanya Uwais al-Qarni sehingga Rasullulah saw meminta sahabat mencari dan meminta doa darinya. 

Memang benarlah kata-kata Rasulullah S.A.W, Uwais al-Qarni akhirnya muncul di zaman Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra. Kedua-dua mereka yang memang menunggu dan mencari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu juga dengan Uwais al-Qarni. Pada pandangan mata kasar mereka, tidak mungkin dia adalah orang yang Rasulullah saw sebut-sebutkan ini kerana, Uwais Al-Qarni dianggap sebagai seorang yang kurang waras di kalangan orang awam atau penduduk setempat.

Uwais Al-Qarni adalah seorang yang berpenyakit sopak di seluruh tubuh badannya, yakni sejenis penyakit kulit yang tidak digemari ramai. Walaupun begitu, beliau adalah seorang yang soleh yang amat mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Beliau begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa beliau meninggal dunia ketika beliau masih kecil lagi. Beliau berpenyakit sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaganya sampai beliau dewasa.
Suatu hari ibunya memberitahu kepada Uwais Al-Qarni bahawa dia ingin sekali untuk mengerjakan ibadat haji. di Mekah. Ibunya menyuruh Uwais Al-Darni supaya berikhtiar agar beliau dapat membawanya ke Mekah untuk menunaikan haji. Sebagai seorang yang miskin, Uwais Al-Qarni  tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang pergi menunaikan haji dari Yaman ke Mekah perlu menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya ‘Haudat’. Haudat ialah sebuah rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi diri daripada cuaca panas matahari dan hujan. 
Uwais tidak mampu menyediakan perbelanjaan untuk ibunya pergi mengerjakan haji apatah lagi untuk memiliki unta.
Namun atas permintaan ibunya yang sangat Uwais kasihi. Uwais Al-Qarni mendapat suatu ilham. Beliau membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Beliau membuat sebuah rumah di atas ‘Tilal’ (tanah tinggi). Rumah untuk lembu itu dibina di atas bukit, apa yang beliau lakukan ialah pada petang hari beliau akan mendukung anak lembu untuk naik ke atas Tilal. Pagi esoknya beliau akan mendukung lembu itu turun dari Tilal tersebut untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia memberi lembu itu makan. Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang mengatakan beliau kurang waras.
Memang pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu, petang dibawa naik, pagi dibawa turun bukit. 
Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais al-Qarni seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20kg, selepas 6 bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan badan Uwais Al-Qarni pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit setiap hari.
Selepas 8 bulan, apabila sampai musim haji. Rupa-rupanya perbuatannya selama ini adalah satu persediaan untuk beliau membawa ibunya mengerjakan haji. Beliau telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekah dengan kedua tangannya. Di belakangnya beliau meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang lebih ringan. Beliau membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Uwais juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.
Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya:
Uwais, apa yang kamu doakan sepanjang kamu berada di Mekah?
Uwais Al-Qarni menjawab:
Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.
Ibunya bertanya lagi:
Bagaimana pula dengan dosa kamu?
Uwais Al-Qarni menjawab:
Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga. Cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga.
Ibunya berkata lagi:
Ibu inginkan supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini.
Uwais Al-Qarni berkata:
Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala.
Ibunya menambah:
Kalau ingin masuk ke syurga, mesti taat kepada perintah ibu. Ibu perintahkan engkau berdoa.
Akhirnya Uwais Al-Qarni tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Beliau lalu berdoa seperti yang diminta oleh ibunya supaya Allah menyembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. 
Allah SWT lalu menyembuhkan serta merta, hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling di tengkuknya. Tanda tompok putih kekal pada Uwais Al-Qarni kerana permintaannya, kerana sopak ini adalah satu anugerah, maka inilah tanda pengenalan yang disebut Rasulullah saw kepada Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra:
“Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu, dialah Uwais al-Qarni.”
Tidak lama kemudian, ibunya meninggal dunia. Beliau telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu beliau telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya di sisi Allah. Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra dapat berjumpa dengan Uwais Al-Qarni dan seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W, mereka meminta supaya beliau berdoa agar Allah SWT berkenan mengampuni semua dosa-dosa mereka berdua.
Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Saidina Umar dan Saidina Ali, beliau berkata:
“Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Rasulullah S.A.W kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku.”
Maka Uwais Al-Qarni pun telah mendoakan untuk mereka berdua.
Setelah itu Saidina Umar, yang ketika itu memegang jawatan Khalifah, saidina umar mahu membuat surat kepada Gabenor Kufah supaya melayan Uwais Al-Qarni dengan layanan yang istimewa. Namun begitu ditolak dengan baik oleh Uwais Al-Qarni. 
Lalu Uwais Al-Qarni menjawab dengan lembut :
“Berada di tengah-tengah orang ramai sehingga tidak dikenali lebih aku sukai.”
Diriwayatkan semasa kewafatan beliau, terlalu ramai “orang” yang menyempurnakan jenazah beliau. Daripada urusan memandikan sehinggalah dibawa ke liang lahad. Agak menghairankan kerana pada masa hidup beliau tiada orang yang memperdulikan beliau yang miskin. Malah ada yang menganggap beliau seorang yang gila. Siapakah “orang-orang” tersebut. Mereka itu adalah penduduk-penduduk langit yang terdiri daripada malaikat-malaikat.
Demikianlah kisah Uwais Al-Qarni yang amat taat dan kasih kepada ibunya. Seorang Wali Allah yang tidak terkenal di bumi, tetapi amat terkenal di langit. Wallahua’lam.

Monday, 11 November 2013

Ulat buku???? maybe...

 

Assalamualaikum, 

Alhamdulillah untuk segala nikmat yang telah Allah kurniakan...

 

just a sharing before tido -,-

saya suke baca buku, tp semakin usia meningkat nie genre buku a.k.a novel y dibaca juga dah berubah... 


kalau dulu masa muda rumaja duk melayan novel cintan-cintun.... 


skrg bertukar da sikit.... 


nak beli buku kena guna duit~~~ duit salu abes wat shopim baju~~~ huhu~~~


so, universiti student kan dapat voucher buku 1 Malaysia....  oleh itu, saya sedang menunggu untuk mendapatkan voucher itu :P


tahan jew dulu diri untuk membaca buku y saya teringin sgt2 nak baca

ada jew y kwn2 punye tp x best la.... nak baca y sendiri punya jugak!!! 


sabar yew cik siti~~~

sikit jew lagi.................

 

antara buku y mengidam sgt nak baca:

 

 

 

 

 

 

 


sesiapa y rasa baik hati nak bagi hadiah saya terima dengan rela hati :D

Saturday, 9 November 2013

Saya Sorang Pelajar :D

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah untuk segala nikmat yanag telah Allah kurniakan... 

 

Sebagai seorang pelajar universiti, pertengahan semester merupakan hari-hari yang sangat membizikan... huhu

 

Time-time macam nie la perlu stay up sampai pukol 3-4 pagi demi untuk menyudahkan essaimen, n study untuk midterm... n mostly essaimen in the group so komitmen amat diperlukan di sini... essaimen plak bertimbun2... adoyai

 

Bila da bizi kononnya mengalahkan perdana menteri (:P) jadual pemakanan pom terbengkalai... nak2 pulak ada gastrik... hmmmm

 

Okey stop!

 

Ape motif aku nie? nak merungut dekat sini? nak mengeluh kat sini?

 

Astagfirullahalazim....


you're not the only one that have been through this laaaaaa...

most important, berhentilah merungut... cuba tunjukkan keikhlasan diri dalam menuntut ilmu... kerana Allah... semoga ilmu itu nanti boleh dimanfaatkan dan disumbang kepada masyarakat... :D

bersyukurlah masa mu dihabiskan dengan perkara yang bermanfaat... :) macam yang kita semua tahu, kita x boleh nak mengundurkan masa... kita x boleh nak beli masa... so, manfaatkan masa yang ada untuk belajar bersungguh-sungguh... kita pasti akan merindui saat2 itu nanti... itulah yang selalu dengar dari mulut orang yang dah bekerja... diorang akan cakap,,

"masa belajar dulu la best"

"menyesal x belajar bersungguh-sungguh dulu"

huhu paling haru kalu ada yang cakap camni....

"kalau la masa boleh diputarkan balik,,, mesti aku akan belaja bersungguh2"

 

 dah terlambat...................hehe

>just sedikit coretan untuk memotivatekan diri sendiri<




Friday, 8 November 2013

IBUKU... segalanya bagiku~~~

ibu, ibu, engkau lah ratu hati ku~~~
MAZNAH BINTI AWANG
that was her name...
the most precious person in my heart, and i'm pretty sure that i'm also precious to her
our loves more than everything
I LOVE HER SO MUCH

my mom,
insan yang melahirkan aku membesarkan aku, mendidik aku, dengan penuh kasih dan sayang
aku mmg seorng yang nakal... dari kecik sampaila da besar panjang nie kenakalan tue masih ada... tp mak sabar jew dengan kerenah anak perempuan dia yang sorang nie...

my mom, my role model
aku mmg admire kat mak aku.... she is superwoman! 
mak aku bekerja sejak aku masih kecil lagi n kerja mak aku selalu bertukar...
macam2 kerja yang mak aku wat demi tuk membantu ayah membesarkan kami... keluarga aku bukan keluarga berada pom... p aku bley jamin, keluarga kami, keluarga bahagia :)

Alhamdulillah...
ini ada satu video yang ingin di kongsikan... pernah bercerita kat adik-adik tentang kisah nie masa turun program jadi fasilitator... menangis diorang... itulah, kita bila disentuh tentang ibu, sebak jiwa... tp hopefully bukan sekadar mengalirkan air mata jela...




Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda ketika ditanya oleh seorang sahabatnya:

يا رسول الله من أحق الناس بحسن صحابتي؟. قال: أمك. قال: ثم من؟. قال أمك. قال: ثم من؟. قال: أمك. قال: ثم من؟. قال: أبوك


Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:

“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layani dengan sebaik-baiknya?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ayah kamu.”
(Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 5971 (Kitab al-Adab, Bab siapakah manusia yang paling berhak untuk dilayan dengan baik).